Ahad, 14 Ogos 2016

PERKONGSIAN SOLAT SUNAT TASBIH

Aritu aku ada dengar ustaz tmpt aku ngji bagi la ckit tazkirah pendek..Dia cerita ada satu kisah tu , sorg lelaki dia meninggal dunia n then takde spe yg tuntut jenazah tersebut. So , 2 bulan  la jenazah dduk dlm peti sejuk mayat..Selepas 2 bulan, pekerja kt bilik mayat tu cari la ustaz untuk uruskan pengebumian jenazah..Haa..kt cni la aku nak cte kkuasaan Allah..apabila ustaz tu buka peti sejuk tu..dia tkejut sgt ble jenazah tu lgsg xbeku..even sehelai bulu roma jenazah pun xbeku… malah jenazah tu berpeluh-peluh..jadi ustaz tu cari la kenalan arwah tersebut( untuk makluman arwah sebatang kara)..n apabila ditny kepada kenalan arwah apa amalan yang arwah sllu buat smpi jenazah berkeadaan begitu…kenalan arwah ckp arwah sllu buat solat sunat tasbih…
Ustaz ak ckp kte at least buat la solat sunat tasbih tu semggu skli..kalo xleh sebulan skli..kalo xleh jgk..setaun skli..kalo xleh jgk.. sekli seumur idup..hahahaha( ustaz aku gelak..n ckp kalo skli seumur idup xleh gak xtau la)..hehe… Tp aku pun xpnh la wat lg…tapi kalo nak tau solat ni pnjg sgt..so..yg ni hasil google aku pasal solat sunat tasbih ni..

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.
Caranya;
.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
 (Sahaja Aku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

 (Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
1.      Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2.      Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3.      Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4.      Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
2.      Bacaan Tasbihnya ialah:   


SubahanALLAH Wahamdulilah Waala illa haila Allah waallah hu Akbar.wa la hau la wala kua tail la billa hil ali il aazhim   (sori xdpt nk masukkan tulisan arabnya..tp da mst tau kn bacaan ni sbb sllu bace)

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
§  Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
§  Rukuk – 10 kali tasbih
§  Iktidal – 10 kali tasbih
§  Sujud pertama – 10 kali tasbih
§  Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
§  Sujud kedua – 10 kali tasbih
§  Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih.



Semoga perkongsian ni dpt dimanfaatkan..

ok bye..t aku smbg lg tentang ustaz aku kongsikan.. 

Wassalam..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan